Monday, February 22, 2010

Skim Labur Sesat

BERIKUT ANTARA KAEDAH YANG DIGUNAKAN PENIPU MENGAUT DUIT HARAM DARIPADA SUMBER-SUMBER YANG DIPERCAYAI OLEH MANGSA TIPU SKIM KAYA ONLINE. SKIM INI SEMAKIN BERLELUASA DALAM FACEBOOK DAN RANGKAIAN ONLINE LAIN..


STEP 1

Mamat ni akan buat gimik yang konon-kononnya RM100 masuk dan handphone berbunyi inform RM100 dok mencurah-curah masuk dalam akaun bank. Biasanya dia akan letak kat status profile atau hantar mesej kat friend list dia dengan subject LOGIN INTERNET DAPAT RM100 atau tiada tajuk kat subjek.

Sesiapa yang teruja dan berminat dia akan suruh YM atau akan hantar satu mesej untuk terangkan cara-cara dia buat duit tu. (Patutle aku minta link untuk website dia taknak bagi). Ini Langkah Pertamanya. Cuma ada 3 Langkah je..patut le senang dapat duit...nak tau langkah seterusnya? Jom tengok langkah 2!


LOGIN INTERNET DAPAT RM100



LANGKAH PERTAMA : Baca


SEKALI LOGIN INTERNET DAPAT RM100

contoh login : facebook | myspace | friendster | yahoo | gmail | skype | dan bermacam2 lagi.




-ANDA BOSAN DENGAN.....
1.Hidup berhutang
2.Gaji tak cukup
3.asik tertipu dengan MLM
4.investment besar2 yg lambat pulangan/

-ANDA INGIN...
1.Hidup senang, mewah....kaya...
2.Bayar hutang hidup dalam masa yang singkat?
3.Duduk depan PC je tunggu duit masuk...(tapi pasti ada caranya)
4.Concept terkini , hanya bermodal RM100 dan yg bestnya...tak perlu mencari orang...tetapi hanya login internet...
CONFIRM tak sampai 1jam anda akan mendapat rm100 & lebih dalam sehari...hanya perlukan masa seminima 1jam...boleh kan?
5.Pendapatan yg confirm selagi wijud internet...anda akan mendapat duit RM100 (minimum) sehari...sebulan?setahun?,itu cuma
minimum...sekiranya maksimum?

LANGKAH KEDUA : BACA DAN KELUARKAN MODAL RM100 SAHAJA.


1.Langkah seterusnya anda perlu ada mana2 account bank,paypal atau apa2 bentuk "bank" yang mana duit pembayaran akan
masuk ke account tersebut (saya percaya semua orang ada kan?)
2.Sekiranya anda
- Yakin
- Ada internet
- Ada PC
- Ada account utk di bank in kan duit
- Ada masa 1jam seminggu minimum depan PC
- Ada modal rm100
- Berminat
......anda layak untuk membuat duit secara online ini!!

3.Ini bukan skim cepat kaya/mlm/perniagaan produk , ini adalah kuasa internet yang mana tidak ramai perhatin & tidak sedar akan
teknik ini.

4,Sekiranya setuju...sila masukan RM100 ke account saya :

Nama : xxxxxx
Maybank : xxxxxx
email : xxxxx
hp : xxxxxxx

- selepas membuat bayaran RM100,sila emailkan kepada saya bukti bank in dalam bentuk print screen/scan or etc bagi
membuktikan anda telah membuat bayaran ini.

- perlaburan RM100 in terjamin oleh saya...sekiranya anda menghadapi masalah , saya akan pastikan anda mendapat wang RM100 sekurangnya2
melalui internet!!

LANGKAH KETIGA : TERIMA CARA & MENANTI DUIT KE ACC ANDA

1.Anda akan menerima cara menjana duit RM100 minimum ke acc anda melalui internet & duit akan masuk ke account terus
selepas anda membuat bayaran ke acc saya..
2.Anda cuma perlu mengikut sahaja cara2 yang bakal saya berikan selagi anda rajin duit terus akan masuk ke acc anda tanpa henti.
3.selesai,mudah & pantas.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LANGKAH KE EMPAT : SELEPAS PEMBAYARAN.



LANGKAH KE EMPAT : KEJAYAAN MENANTI ANDA.

TAHNIAH ANDA BARU SAHAJA MEMBUAT LANGKAH YANG BIJAK.

-bagaimana kita ingin menjana duit bermodalkan rm100 selepas ini?

-mudah sahaja..gunakan rangkaian seperti facebook/myspace/friendster & sebagainya sebagai hub pemasaran "duit "kutu" online berantai.
buat 1 pamplet or iklan bertajuk LOGIN INTERNET dapat rm100 & letakkan dimana2 sahaja dalam internet

-pasti ada yg membaca & tertarik & bertanya ,apa anda perlu buat....cuma copy paste langkah 1-3 & berikan kepada yg berminat
& bertanya & sekiranya pihak tersebut bersetuju & membuat pembayaran,setelah bayaran diterima ke dalam acc kita baru berikan
nota langkah ke - empat ini kepada pihak tersebut,senang kan?

- so disini kita buat adalah atas kerelaan hati,terpulang kepada kita untuk mencari orang seberapa banyak atau menanti orang mencari kita,
yang pentig jangan berbohong untuk mencari rezeki.Pogram ini bukanlan MLM,skim cepat kaya mahupun menjual prodak...ianya lebih
kepada mereka yang berminat untuk berkongsi idea ini dan tukarkannya dalam bentuk duit.

- kita juga mestilah jujur sekiranya nak berjaya...hanya berikan langkah ke-4 ini kepada mereka yg BAYAR RM100 sahaja...sekiranya
kita menipu atau membelitkan keadaan,pasti tidak berjaya.

sekiranya ada apa2 masalah,contac saya ok.sama2 kita tolong menolong & majukan anak bangsa.


KALAU ANDA PERHATIKAN MODUS OPERANDI MEREKA INI MEMANG LICIK..MEYAKINKAN ORANG UNTUK TERLIBAT SKIM AJARAN SESAT DALAM PELABURAN.JANGAN MUDAH TERPEDAYA SKIM INI..AWAS!! MEREKA INI DALAM PEMERHATIAN SURUHANJAYA SEKURITI UNTUK TINDAKAN KUATKUASA.

Friday, February 12, 2010

semangat & keramat duit

Seringkali menerima mesej di Facebook dan SMS berkaitan perniagaan MLM ini.Saya paham perniagaan itu 9/10 punca rezeki tapi kaedah sebegini seringkali kurang bertahan lama. Antara mesej yang diterima.

1)dulu KORANG REJECT aku..tapi REZEKI aku dlm BIZ ni makin MASYUKKKKKKKKKK$$$$$$....alhamdulillahhh...hurmmm..sapa nak tengok...sila2 tengok...tapi stakat tengok je laaa SBB korang x NAK BERUBAH KAN???? yang nak BERUBAH..nak TAU CARA...aku leh ajar.. [bajet macam bagus..RIAK sungguh manusia ni]



2)selemah2 manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia2kan sahabat yg telah dicari~ [inilah manusia yg ingin cari sahabat sebab wang ringgit sahaja..suka ambil kesempatan..bahana orang camni]


3)ADA ORG KATA APA YG AKU BUAT NI REMEH TEMEH..REMEH TEMEH KE KALAU MELIBATKAN DUIT RIBU2?KALAU "KAU" XNAK BERUBAH, SUDAH..TP JGN PANDANG RENDAH APA YG AKU BUAT SEBAB SEMEMANGNYA "KAU" X BERNILAI PON DIMATA AKU..KERANA "KAU" SENDIRI X PERNAH NAK BERUBAH DAN XPERNAH NAK BG PELUANG UTK DIRI SENDIRI BERUBAH..MANUSIA YANG SU...KA MENCARI MASALAH..BOLEH BLAH..[hanya mencari rakan berdasarkan sama keinginan sertai program materialistiknya..kalo dia susah hidup nanti..xde sapa nak tolong..sedarlah wahai manusia ini..adakah sahabat yg anda cari dr segi wang sahaja..]


renung-renungkanlah dan selamat sedar dari mimpi-mimpi palsu..berniagalah mengikut lunas-lunas ajaran moral oleh agama kita..jangan yang salah jadi pegangan..

wanita melayu mangsa penipuan cinta palsu

Saya amat kasihan dengan cinta tak kesampaian sesetengah wanita melayu ni..sering kali saya terdengar cinta dengan warga asing terutamanya hanya sampai kekerat jalan. Ada yang jadi mangsa keldai dadah dan sebagainya. Berhati-hatilah dengan janji-janji manis dan ayat-ayat cinta mereka, kelak pasti merana.

berita: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

berita: peragut terkencing dengar tembakan

Syabas dan tahniah kepada PDRM berjaya menangkap suspek kes samun.Harap ramai suspek dalam kes samun ditangkap utk kes-kes yang lain.

http://lagiberita.blogspot.com/2010/02/peragut-terkencing-dengar-tembakan.html

Tuesday, February 2, 2010

Sambut hari wilayah tak bermakna kalau..

...tidak menghayati sejarah penubuhan negeri wilayah dan apa keperluannya. Pembangunan fizikal dan pembangunan sahsiah kendiri di kalangan masyarakat masih banyak perlu ditingkatkan. "1st class facilities but 3rd class mentality?"

Mohammad Bazil Bolia ada menghuraikan tentang artikelnya yang menyentuh tentang "the improvements needed"

"There are several gaps that need to be addressed for the nation to achieve the goals of Vision 2020. Here in Malaysia, we have first-class facilities such as the public transports, accommodates and educational but the reality is, most Malaysians have third-class mentality. Take for example Singapore, they do have facilities similar to Malaysia – first-class as it is and most of the Singaporean mentalities are first-class too; they don’t litter, they don’t smoke in public, they give seats priorities to the elders or pregnant woman’s and practise healthy living which is totally in contrast what Malaysians here are practising. We want Malaysians that think of ideas and ways to improve and inspire the nation rather than Malaysians that are hateful and low-minded"

sumber: http://www.perdana.org.my/essaycompetition/previous-winner/mohammad-bazil-bolia/