Wednesday, May 19, 2010

world islamic economic forum..

Telah bermula sejak tahun 2003. Dengan membawa semangat membangunkan ekonomi ummah, Malaysia mengambil inisiatif untuk memimpin gerak kerja perlaksanaan forum ini.


Monday, May 17, 2010

Kamus khazanah peribahasa melayu [bacalah buku Ini..mungkin bahan ini dibaca oleh karam singh walia]

ISBN BUKU: 9831461703
EDISI: 1st, TAHUN: 2005
DITERBITKAN OLEH IQRA' PUBLICATIONS

AUTHOR: SITI NOR AZURA ABD. WAHID.


banyak himpunan peribahasa penglipurlara.

dari telaga yang jernih tidak akan mengalir air yang keruh
maksud: daripada sifat yang mulia, tidak akan lahir budi bahasa yang kasar..

geleng seperti patung kenyang..
maksud: berjalan lonjak2 kerana sombong..

kelimpanan mata dek pengelan
maksud: dikecewakan oleh org yg diharapkan..

kodok dapat bunga sekuntum
maksud: beroleh yang sia2 xdpt digunakan..

korek lubang ulat
maksud: sengaja cari perselisihan


Thursday, May 13, 2010

MACRI..pertubuhan kreativiti dan inovasi malaysia cipta kereta buatan buluh?

KERETA daripada buluh? Pasti sesiapa sahaja akan pelik apabila ada yang memberitahu sumber alam semula jadi itu mampu dijadikan bahan penting dalam industri automotif negara pada masa depan.
Jika sebelum ini, kegunaan buluh terhad kepada beberapa fungsi seperti bahan perabot, kraf tangan atau rumah, sudah tentu kebolehannya menjadi bahan penting dalam industri automotif tidak dapat digambarkan.
Kereta buluh bukanlah bermaksud sebuah kereta yang dihasilkan menggunakan buluh sepenuhnya. Sebaliknya tanpa kita sedari banyak bahagian penting pada kereta terpaksa diimport dari luar negara, sedangkan Malaysia mampu tampil dengan kepakaran sendiri melalui sumber-sumber yang boleh diinovasikan termasuklah buluh.
Prototaip Bambu
Presiden Pertubuhan Kreativiti dan Inovasi Malaysia (MACRI), Datuk Ghazi Sheikh Ramli berkata, buluh ialah tumbuhan rumput yang paling cepat membesar iaitu mengambil masa antara tiga hingga lima tahun sahaja.
"Kajian selama satu setengah tahun mendapati kekuatan buluh adalah lebih besar berbanding kayu dan sekiranya melalui proses pengawetan yang tepat, ia mampu menjadi lebih kuat berbanding besi.
"Secara semula jadi ia juga adalah sumber antibakteria, antikulat, hipoelergenik dan lebih bersih berbanding fabrik konvensional. Ia juga melepaskan lebih banyak oksigen berbanding pokok tetapi memerlukan kurang air dan penyelenggaraan," katanya.
Justeru, Ghazi berhasrat mempromosikan kegunaan buluh secara optimum dalam penghasilan kereta, sejajar usaha kerajaan bagi membangunkan teknologi hijau dan juga bersempena tahun kreatif dan inovasi 2010.
"Saya mahu mengajak universiti-universiti tempatan dan para penyelidik untuk menjalankan penyelidikan bagi mengumpulkan sebanyak mungkin pengetahuan dan penemuan melalui buluh dan daripada penyelidikan itu satu hasil terbaik akan diperoleh.
"Daripada hasil-hasil terbaik itu kita dapat gabungkan dan membina prototaip yang dapat dibangun dan dikomersialkan, seterusnya menjadi satu produk yang dapat dipasarkan sehingga ke peringkat antarabangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm#ixzz39gM8oHZw 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, May 12, 2010

kebahagiaan dunia, akhirat







Mukmin takwa dapat kebahagiaan dunia, akhirat

Date: 21-07-2001

Author: Raja Yusoff Ariffin

OLEH kerana kebahagiaan, kegembiraan dan kesenangan di dunia ini bersifat sementara serta terbatas dan singkat waktunya, wajarlah manusia mencari kebahagiaan abadi dan sejati. Dalam kebahagiaan abadi, kegembiraannya terus marak, kepuasannya tidak akan redup, kelazatannya berterusan, kesedapannya tidak akan hilang, kemuliaannya terus utuh dan kenikmatannya tidak luntur. Nilai keabadian ini tidak akan diperoleh dalam taraf dan kedudukan duniawi serta timbunan harta benda dan populariti atau pada kasih mesra wanita jelita yang menawan. Semua bentuk kebahagiaan yang diperoleh daripadanya, tidak abadi. Memang nilai keabadian dan kebahagiaan hanya didapati menerusi jalan yang diredai Allah. Cuma pada cinta kasih-Nya yang paling pemurah dan paling penyayang. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 14 mengenai perkara ini: "Telah dihiasi hati manusia dengan kesukaan kepada barang yang diingini, iaitu wanita, cucu, emas dan perak yang bertumpuk-tumpuk, kuda yang bagus, binatang ternakan dan sawah ladang. Yang demikian itu perhiasan (kesenangan) hidup dunia tetapi di sisi Allah, ada tempat kembali yang baik." Di sisi Allah memang ada kenikmatan dan kebahagiaan yang sebahagian kecilnya dianugerahkan di dunia ini. Bagaimanapun, kebahagiaan dan kesenangan akhiratlah yang lebih besar, baik dan kekal. Teliti firman-Nya dalam surah al-A'la ayat 16-17 yang bermaksud: "Tetapi kamu lebihkan penghidupan dunia padahal akhirat itulah yang lebih baik dan lebih kekal." Dalam surah ar-Ra'd ayat 2 pula, Allah berfirman yang bermaksud: "Allah membentangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan Dia membatasinya, dan mereka berasa senang dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia dengan akhirat tidak lain kecuali bekalan." Allah menjanjikan kebahagiaan yang kekal abadi. Sebagai umat Islam, janganlah kita meraguinya kerana Allah yang berjanji, bukan manusia. Lihat janji Allah itu menerusi ayat 21-22 surah at-Taubah. Maksudnya: "Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya, keredaan dan syurga, bagi mereka di dalamnya ada kenikmatan yang kekal. Hal keadaan mereka kekal selama-lamanya kerana sesungguhnya di sisi Allah itu ada ganjaran yang besar." Memang banyak formula meraih kebahagiaan diberikan pakar dan bijak pandai. Namun, formula daripada Allah saja yang tepat dan terbaik kerana ia bukan hasil pemikiran manusia yang berlebih-kurang tetapi yang diletakkan-Nya sendiri pada kenyataan alam yang kemudian dengan hemah-Nya diberikan maklumat selengkapnya. Secara mudahnya, formula kebahagiaan boleh ditemui dalam al-Quran menerusi surah al-Asyr ayat 3 yang bermaksud: "Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Saling berpesan-pesan pada (menjalankan) kebenaran dan saling berpesan- pesan menjalankan kesabaran." Ayat ini mengemukakan empat formula yang memastikan manusia terhindar daripada kerugian dan kecelakaan, iaitu iman, amal soleh atau takwa, saling berpesan menjalankan kebenaran dan saling berpesan menjalankan kesabaran. Keempat-empat formula ini penting. Justeru, rugilah mereka yang tidak tergolong dalam keutuhan formula ini. Iman sebagai faktor utama yang memungkinkan seseorang itu berbahagia dijelaskan dalam ayat 1 surah al-Mukminun yang bermaksud: "Sesungguhnya telah berbahagia orang yang beriman." Tanpa iman, tiada manusia yang akan memperoleh dan menemui kebahagiaan sejati. Ketenteraman, kedamaian, kepuasan dan ketenangan jiwa yang dirasakan orang yang berbahagia akan selalu diberikan kepada orang beriman. Imannya akan bertambah sebagaimana yang disebut Allah dalam surah al-Haj ayat 45 yang bermaksud: "Dan supaya diketahui oleh orang yang diberi ilmu, bahawasanya (ajaranmu) itu benar dari Tuhanmu, lantas mereka beriman kepada-Nya, lalu tenteram hati mereka dengan (ajaran) itu, kerana sesungguhnya Allah memimpin mereka yang beriman di jalan yang lurus." Orang yang beriman dan tidak mencampuradukkannya dengan kejahatan akan mendapat kebahagiaan. Orang yang telah terang hatinya dengan keimanan akan mendapat kesejahteraan. Hati orang yang beriman akan sentiasa girang dalam mensyukuri nikmat Allah. Di situlah dia merasai kenikmatan kejiwaan (spiritual) yang tidak diperoleh orang yang kufur. Kenikmatan spiritual yang mententeramkan jiwa orang yang beriman itu diperoleh dalam zikir atau ingatan kepada Allah. Orang yang beriman itu tenteram hati mereka lantaran ingat kepada Allah. Ketahuilah bahawa dengan mengingat Allah itu mententeramkan jiwa. (Surah ar-Ra'd, ayat 28) Kebahagiaan mukmin kerana iman dan takwanya merangkumi dua alam, iaitu alam dunia yang sementara dan alam akhirat yang kekal abadi. Selepas menikmati sebahagian daripada dunia, pada puncaknya di akhirat nanti, orang beriman akan menikmati kebahagiaan yang berkekalan. Ini berdasarkan janji Allah dalam surah at-Taubah ayat 72 yang bermaksud: "Allah telah berjanji kepada mukminin lelaki dan wanita, akan menganugerahi mereka syurga yang mengalir padanya sungai, kekal di dalamnya dan tempat yang baik dalam syurga yang kekal, sedang keredaan daripada Allah adalah lebih besar. Yang demikian itu suatu kebahagiaan yang besar." Amal soleh, kebaktian atau takwa pula memancar daripada keimanan itu sendiri. Ia mata rantai keimanan yang menjamin kebahagiaan bagi sesiapa saja yang melaksanakannya tanpa mengambil kira lelaki mahupun wanita. Allah menghidupkan manusia yang sedemikian dengan kehidupan yang baik dan dianugerahi ganjaran yang lebih baik hasil kerjanya. Lihat firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 97 yang bermaksud: "Barang siapa beramal soleh di antara lelaki dan wanita sedang dia itu mukmin, maka Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik (bahagia) dan Kami akan tunaikan kepada mereka dengan ganjaran mereka yang lebih bagus dari apa yang mereka kerjakan." Kebahagiaan orang mukmin yang bertakwa akan diperoleh di dua tempat, iaitu kebahagiaan dunia sementara dan kebahagiaan akhirat kekal abadi. Memang ada kebahagiaan yang sudah diperoleh di dunia tetapi kebahagiaan akhirat lebih tinggi nilainya. Orang yang beriman dan beramal soleh akan menemui mutiara kebahagiaan yang sejati serta kekal di akhirat. Allah memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai di bawahnya serta dihiasi gelang emas dan mutiara dan memakai pakaian sutera. Ada juga bentuk kebahagiaan yang kadang-kadang disembunyikan Allah. Hanya pada ketika tertentu saja baru ia ditampilkan kepada orang yang berbakti. Perhatikan firman Allah dalam surah as-Sajadah ayat 17 yang bermaksud: "Maka tiada jiwa yang tahu apa yang disembunyikan bagi mereka daripada (sesuatu) pendingin mata (kenikmatan sebagai ganjaran daripada apa yang mereka kerjakan)." Berpesan antara satu sama lain dalam melaksanakan kebenaran, iaitu mengajak beriman kepada Allah dan mengikuti rasul-Nya, sama ada dalam akidah mahupun amal kebajikan menjamin keberuntungan dan kebahagiaan. Mereka yang sedemikian akan memperoleh kebahagiaan. Allah berfirman dan Rasulullah saw turut bersabda mengenainya. Firman itu bermaksud: "Hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang mengajak manusia kepada kebaikan, menyuruh mereka berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada kejahatan dan mereka itu adalah orang yang mendapat kejayaan (berbahagia)." (Surah Ali Imran, ayat 104) Sementara hadis pula diriwayatkan Muslim yang maksudnya: "Barang siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, baginya pahala sama dengan mengerjakannya." Orang yang beriman sering berasa tercabar dengan kemungkaran di sekelilingnya. Dia hanya berasa senang hati dan tenang jika dapat berjuang menegakkan prinsip kebenaran dan menghapuskan kemungkaran itu. Allah menyelamatkan mereka yang sedemikian dan memberi balasan azab sengsara kepada yang melakukan kejahatan. Saling mengingati agar berlaku sabar dan menahan diri daripada perbuatan maksiat bermaksud tahan diri dalam mengerjakan kewajipan, tabah menghadapi ujian dan reda dengan keputusan Allah. Perhatikan firman Allah mengenai hal ini dalam surah ar-Ra'd ayat 24 yang bermaksud: "Semoga keselamatan atas kamu lantaran kesabaran kamu. Betapa baiknya balasan akhirat." (END) Source : Berita Harian


Monday, May 10, 2010

doktor pelatih lebih gemar ke singapura?

4 sebab mereka lari menurut en. ghani abd rahman dr cheras..harian metro hari ini..

1. jangka masa latihan doktor lama sangat..2 tahun
2. waktu kerja lama sangat lebih 35 jam
3. doktor senior besar kepala..
4. beban tugas yang tidak patut ditampung oleh seseorang doktor..duplicate jobscope..

Thursday, May 6, 2010

koc wanita di komuter dah laksana..

Berita gembira untuk wanita disaat isu kes jenayah yang semakin meningkat terutama sekali kes cabul kehormatan.

Koc komuter khusus untuk penumpang wanita bermula esok

27/04/2010 9:43pm

KUALA LUMPUR 27 April – Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai esok.
Gerabak yang bertemakan “Wanita Sahaja Sepanjang Masa” boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter.
Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.
"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain,” menurut kenyataan KTMB.
Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita.
Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.
Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter, manakala koc di hadapan dan belakang merupakan koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.
Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. – Bernama


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0427&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm#ixzz39hABZHIL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

YUNA

Yuna..menang anugerah AIM ke 17

*Artis Baru Terbaik
*Lagu Terbaik melalui garapan Dan Sebenarnya
*
Lagu Pop Terbaik (Dan Sebenarnya)
*Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Deeper Conversation)

Yuna menyanyikan lagu ciptaannya dengan tenang sahaja dan tak perlu mempersembahkannya dengan cara menari yang keterlaluan..tak perlu nak menjerit dengan tone yang tinggi..selamba sahaja menang anugerah. itulah inovasi dan kreativiti penciptaan lagu namanya..mudah diterima orang ramai..

sumber: http://anizyn.blogspot.com/2010/05/yuna-menang-4-anugerah-di-aim17.html