Monday, June 7, 2010

Disagree Gaza humanity mission?

One of the comment I received from Facebook. What do you say about this?


It is more an Arab problem than ours.
If their rich neighbours ignore them for decades,
we are sending Aid and risking our lives. For what?
Are we publicity seeking on behalf of some politicians
like Mahathir who is desperate to get the Nobel Prize.

That said, there is no harm helping out in the name of
humanitarianism, but don't go overboard. We ...
See Moremust take care of our needy first because
charity always begins at home. Be practical, not political!

If we really want to help, get them in ,
give them bumiputra status, and let them compete
in our job market and ask their entrepreneurs operate here.
You know what happens, they will beat us flat!

Tuesday, June 1, 2010

macam-macam hari..

hari ibu, hari guru, hari kambing, hari susu..macam-macam hari..1 jun ini..sebarkan khasiat susu..

Israel serang bantuan kemanusiaan Mavi Marmara

Kejam.Itulah laungan kepada Israel zionis yang  menceroboh kapal bantuan hak asasi manusia Mavi Marmara (Blue Marmara).sungguh menyedihkan..

ada ulasan lengkap berkaitan peristiwa ini yang anda boleh baca.

rujuk: http://fas.org/sgp/crs/mideast/R41275.pdf

Kecurian Pasir di Negeri Selangor




Mencuri pasir untuk pembangunan tanpa ambil langkah-langkah penguatkuasaan yang lestari merugikan rakyat negeri Selangor sendiri.



Source:Berita Harian

Date: 01-06-2010

Author: Nor Fariza Ramlan



KAPAR: Seorang saksi utama tampil membuat pendedahan mengenai kegiatan curi pasir lombong secara besar-besaran di Mukim Rasa yang didakwa berlarutan sejak setahun lalu tetapi tiada sebarang tindakan tegas diambil bagi menanganinya.. Saksi terbabit, Zahar Rusuli, 43, berkata walaupun sudah membuat banyak aduan kepada pihak berkuasa, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) tidak bertindak tegas untuk menghentikan aktiviti pencerobohan berkenaan. Beliau menegaskan pendedahan itu dibuat kerana serik melihat tanah milik penduduk diceroboh malah dilakukan secara terbuka. "Saya mengumpulkan semua bukti dokumen dan video mengenainya. Berikutan itu, saya menerima pelbagai ancaman ugutan oleh penceroboh sebelum memutuskan untuk tampil mengadakan sidang media ini. "Dalam kejadian pada 4 Februari lalu, kereta saya dilanggar sebuah lori selepas saya memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi saya bernasib baik kerana tidak cedera. "Saya juga pernah didatangi sekumpulan samseng, malah ada yang hadir ke rumah bagi menunjukkan senjata sebagai tanda amaran. Walaupun banyak ancaman diterima, saya tetap tidak berputus asa untuk memaklumkan masalah ini kepada pihak atasan secara diplomasi tetapi malangnya jawapan yang diterima mengecewakan," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kapar, di sini. Turut hadir Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. Zahar berkata, syarikatnya, Syarikat Tuaman Enterprise ditawarkan kontrak bagi aktiviti cuci gali pasir di Sungai Rasa oleh KSSB dan melantik rakan kongsinya untuk menguruskan aktiviti pemasaran. Katanya, semua berjalan lancar sehingga rakan kongsinya mula menceroboh ke kawasan berhampiran dan memulakan aktiviti pencerobohan bagi menggali pasir lombong. "Saya membuat rakaman video kerja pencerobohan selama tiga hari dan menyerahkan semua bukti kepada KSSB, Pegawai Peribadi Menteri Besar Selangor dan nekad melaporkannya kepada SPRM di Putrajaya," katanya. Beliau berkata, aktiviti pencerobohan dan mencuri pasir lombong masih berleluasa ketika ini, antaranya berlaku di Sungai Rasa, Sungai Long, Bestari Jaya, Kampung Kundang dan Kuang. Katanya, kerja pencerobohan itu sudah sampai ke tahap yang mana paip penyedut (palung) sudah dipasang di lombong bagi menjalankan aktiviti penggalian dengan lebih dalam. ( END ) Source : Berita Harian