Tuesday, October 14, 2014

Isi petrol guna konsep liter

Amalkan pengisian minyak dalam jumlah liter, bukannya ringgit. 

Contoh:
Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. kemudian bayar RM46. ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan 'nozzle' hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.

Maknanya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi RM40, stesen minyak dah untung 9.4737 liter. itu kalau 1000 orang, kalau 1 hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas untuk pengisian RM40 sahaja. bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.

Sebab itu stesen myk selalu buat program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai rm, bukan ikut nilai liter.

Isi dalam liter.
1liter harga rm2.30
isi lah rm23 jadi 10liter
isi rm46 jadi 20 liter 
isi rm69 jadi 30 liter

kalau isi 35 liter darab dengan rm2.3.
kalau isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah terdekat.
contoh 31.777 liter. rugi sikit, tp kalau tiap2 hari pemilik stesen minyak yang untung besar.