Monday, January 19, 2015

Anugerah Juara Lagu ke 29

Senarai Nama Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 29

rujuk : [KLIK]

video persembahan MOJO fet. Caliph Buskers

[KLIK]

Friday, January 16, 2015

Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pengurusan Pusat Sumber tidak ada peluang membina kerjaya di Sekolah?



Luahan Graduan lulusan Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pengurusan Pusat Sumber | Bachelor of Science Resource Centre Management (Hons)

Luahan penuh seorang graduan bidang Sains Pengurusan Pusat Sumber tentang halatuju dan objektif bidang ijazah yang dipegangnya. Umum mengetahui program tersebut [klik untuk rujuk] ditawarkan untuk menyasarkan sektor sekolah tapi sehingga kini monopoli bidang pengkhususan tersebut masih tidak dapat ditembusi terutama sekolah harian bantuan penuh kerajaan. Akan tetapi sekolah antarabangsa dan sekolah dibawah kelolaan MARA telah memberi peluang graduan kelulusan ini.  Mengapakah ianya terjadi? ikuti luahan wanita tersebut.

ﻤﺎﺷﻁﺔ ﻏﺰﺍﻟﻲ realitinya , pelajar resource center management seperti mangsa . diwajibkan mengambil subjek indexing and abstracting serta computer cataloging sebagai elective sepanjang pengajian . setiap sem diberitahu oleh senior lecturer bahawa mereka telah berusaha memujuk kementerian pelajaran mengenai isu ini . setiap sem juga seperti mendengar folk stories ; dijanjikan peluang pekerjaan dalam bidang ini dan suasana kerja yang menarik , hakikatnya tidak . kebanyakan rakan se-batch saya menjadi private university staff ( ramainya bukan pustakawan ) . kelas saya , tiada sorang pun yang bergelar pustakawan , information broker , knowledge management executive dan yang sewaktu dengannya . rata-rata menghadiri temuduga ( bukan jawatan pustakawan , sebab muak bila minta pustakawan macam payah nak dapat interview ) , kami ditanya semula "what is resource center management ?" , "apesal macam tak pernah dengar nama jurusan yang awak ambil nih ?" dan bila dah menjawab soalan ditanya pula "if you said so , you have a very good degree and you should utilize it to school or college . why you came here ?" -- sebab dalam kepala dia , sekolah kan melambak kat malaysia , dia tak tahu yang nak kerja dalam sekolah nih kena melalui kementerian bagai dan hujung2 ayatnya dah bertukar "i am sorry to say that your degree are useless" selepas menceritakan halangan2 yang dihadapi . 

mungkin tiada yang radikal ( iaitu melibatkan ahli politik atau sasterawan , supaya suara dan tulisan didengar ) di dalam isu ini . pelajar yang terlahir pun seperti mengikut arus , gaji pustakawan yang ditawarkan tidak berbaloi ( kadang2 di bawah RM1.7k ) maka lebih baik bekerja di bidang yang menguntungkan . inisiatif sukarelawan buku jalanan semalaysia pun kebanyakannya bukan berlatarbelakang sains perpustakaan . 

saya tak menyesal ambil bidang ini ( walaupun semasa nak bersetuju dengan tawaran universiti , saya tiada bayangan langsung bidang pengurusan pusat sumber maklumat ini tentang apa sebenarnya . selepas diterangkan , saya jadi tak kisah sebab related to library , kerana rumah keluarga saya mempunyai perpustakaan keluarga ) . sekurang-kurangnya selepas jadi graduan , saya pandai utilize perpustakaan lagi2 setelah menyambung sarjana di dalam bidang yang berlainan . saya sendiri mengajar rakan2 sekuliah ( rata-rata memang malas nak datang library induction class ) tentang APA , memperkenalkan mendeley ( saya explore sendiri dan mengajar mereka sekaligus melupakan EndNote yang dipelajari sewaktu degree ) mengajar rakan2 A-Z bagaimana menggunakan database dan journal serta OPAC dan memberitahu macam mana nak utilize pustakawan . sewaktu melancong , saya wajibkan diri saya mengunjungi perpustakaan ( dan kedai buku ) tempat yang dilawati . 

saya sendiri akan menyambung MILS jika saya ditawarkan jawatan pustakawan atau yang sewaktu dengannya . namun begitu , jiwa pustakawan telah meresap walaupun tidak bekerja di bidang itu kerana saya berpendapat saya mempunyai dan akan mempunyai perpustakaan sendiri suatu hari nanti untuk diwariskan ke anak cucu . 

mungkin ada yang tak suka pengalaman dan apa yang disuarakan oleh saya , saya mohon maaf . mungkin anda mempunyai pandangan yang lebih baik .



[p/s: apa yang pasti, kena kenal pasti kelemahan usaha terdahulu, kemudian, garapkan strategi pembaharuan yang lebih efektif.]

Thursday, January 15, 2015

Ramalan & Cabaran Teknologi Maklumat bagi Perpustakaan

Marshall Breeding menyenaraikan lima perkara penting perubahan landskap teknologi maklumat untuk Perpustakaan


Antaranya ialah:

1. Penggabungan yang berterusan.
Seperti mana yang kita maklum melalui media massa1 penggabungan 3 organisasi perbankan CIMB, RHB dan MBSB dibatalkan, manakala bagi Marshall penggabungan syarikat pembekal teknologi maklumat pula akan terus berlaku bagi memantapkan urus tadbir urusan perniagaan mereka. Perpustakaan pula disaran untuk memperkasa permintaan untuk mendapatkan peralatan atau teknologi inovasi tinggi dan perkhidmatan yang lebih berkualiti daripada pembekal teknologi ini.

2. Peluang libatsama dalam projek Linked Data
Pada tahun akan datang kita akan dapat melihat aktiviti yang besar berkaitan projek Linked Data. Tahun lalu telah menyaksikan minat mendalam penerokaan dalam topik Linked Data, yang mencetuskan pelbagai inisiatif dan projek pembangunan. Dalam bidang data bibliografi perpustakaan misalnya, Library Congress (LC) melaksanakan inisiatif untuk mentransformasi pengurusan perkongsian maklumat bibliografi dengan memperkenal komponen BIBFRAME, dimana pemetaan MARC ke dalam Linked Data berjaya dilakukan. BIBFRAME merupakan langkah utama ke arah penggunaan operasi Linked Data dalam bidang pengurusan dan akses sumber maklumat.

3. Mobile
(akan dihuraikan)

4. Perkembangan Pencetak 3D dan kewujudan 'Makerspace'
(akan dihuraikan)

5.  Teknologi yang meningkatkan keupayaan fizikal Perpustakaan.
(akan dihuraikan)


rujuk sumber: http://www.infotoday.com/cilmag/dec14/Breeding--Library-Technology-Forecast-for-2015-and-Beyond.shtml