Tuesday, December 29, 2015

Jangan samakan program CSR dengan Branding/Penjenamaan

satu simile yang kurang tepat apabila program penjenamaan dilaksanakan oleh PPAN Perak baru-baru ini dianggap membazir dan lebih baik disedekahkan kepada orang miskin dan pembaca buku.

Program memecahkan rekod dunia ini adalah program penjenamaan dan berkaitan dengan inovasi sosial. Bukannya program CSR (Corporate social responsibility)

Sebenarnya, sudah banyak program CSR telah dilaksanakan oleh PPAN Perak tapi dipandang sepi bertahun-tahun lamanya. Hanya kerana berita tentang usaha menyusun 70,247 buku dalam bentuk piramid itu dihebahkan, maka kritikan negatif terus saja dilemparkan secara membuta tuli seperti babi hutan yang sedang marah menyondol. Hal ini adalah suatu tindakan tidak adil.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/perpustakaan-perak-pecah-rekod-dunia-1.465927