Showing posts with label cadangan. Show all posts
Showing posts with label cadangan. Show all posts

Monday, October 11, 2010

Cadangan penambahbaikan sikap pemanduan bas ekspress


Salam,
Cadangan penambahbaikan sikap pemandu bas ekspress

Berkenaan perkara diatas ingin saya cadangkan kepada persatuan majikan bas ekspess. Disini saya lihat peranan mereka kelihatan tidak menonjol dalam menambahbaik sikap pemandu bas ekspress. Saya lihat ramai orang awam menyalahkan pemandu bas, JPJ, Polis, dan agensi kerajaan yang lain. Malangnya peranan persatuan majikan bas ekpress kurang di beri perhatian.

Pertama, persatuan ini seharusnya menganjurkan kursus 'refresher' yang menekankan intipati kesegaran minda, hati dan emosi untuk pemandu-pemandu bas ekspress yang terlalu lama memandu. Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang menggunakan perkhidmatan bas ekspress, kebanyakan  pemandu berada dalam keadaan lesu apabila terlalu lama mengejar trip perjalanan. Bagi pemandu muda pula, mereka sering memandu dalam keadaan yang 'teruja'. Pemandu muda sering kelihatan 'gagah' memandu berjam-jam lamanya. Akan tetapi, apabila kurang bertenaga, ada pemandu muda mula menghisap rokok dan minum kopi beberapa kali untuk terus kekal bertenaga. Cadangan mengadakan kursus ini dilihat boleh membantu memulihkan spiritual,emosi, dan akal dari masa ke semasa selain menghisap rokok dan minum kopi. Membaiki spiritual boleh membantu meneroka masalah hati yang banyak membelenggu pemandu-pemandu ini. Ianya sekaligus dapat menyedarkan mereka melakukan sesuatu dengan lebih berhati-hati. Mereka sentiasa terdetik dalam fikiran;  seperti ‘alarm’ "jangan melakukannya" ketika disaat memandu secara cuai dikesan. Kandungan kursus sebegini juga perlulah santai dan tidak terlalu tegas. Sepertimana keadaan pelajar sekolah digalakkan menyertai PLKN, apa salahnya pemandu-pemandu bas ini juga menyertainya?

Kedua, Persatuan ini juga seharusnya lebih agresif ambil tahu masalah dan kebajikan pemandu bas ekspress. Segala pandangan mereka jangan diketepikan. Pandangan pemandu ekspress ini penting bagi menerokai punca-punca terdorongnya perilaku pemanduan secara berbahaya seperti memotong laju dan sebagainya. 

Kesimpulannya, Persatuan majikan bas ekspress perlu juga berganding bahu memperbaiki mutu kendiri pemandu bas ekspress. Kerjasama daripada pihak persatuan majikan yang lebih jitu dengan agensi kerajaan serta pemandu-pemandu perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Apa yang penting, majikan tidak perlu memberi tekanan kepada pemandu-pemandu bas dalam memenuhi keperluan trip perjalanan supaya mereka tidak terdetik untuk memandu dengan cuai.

Thursday, April 29, 2010

Beg sekolah berat??

pihak sekolah perlu ada peruntukan untuk buat loker bagi setiap pelajar di seluruh negara di setiap sekolah di setiap tingkat sekolah secara PERCUMA..seperti mana di sekolah negara amerika syarikat..

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin mengucapkan terima 
kasih kepada Kementerian Pelajaran kerana bertindak untuk menjadikan beg 
sekolah kanak-kanak lebih ringan. 

Bermula tahun depan, kanak-kanak yang belajar di tahun satu hingga tahun 
tiga tidak perlu lagi menggunakan buku kerja memandangkan ia telah 
diharamkan oleh pihak kementerian. 

CAP berharap ini akan menjadi satu permulaan kepada langkah untuk 
menjadikan beban beg sekolah berat lebih ringan serta menjadikan 
pendidikan lebih menyeronokkan bagi kanak-kanak. 

Sebagai susulan, CAP menggesa Kementerian Pelajaran turut mengambil 
tindakan yang sama berhubung buku kerja bagi kanak-kanak dalam darjah 
yang lain. 

Penekanan perlu diberikan bagi menggunakan buku teks dengan lebih 
berkesan supaya buku tambahan tidak perlu digunakan lagi atau jika 
digunakan hanyalah secara minimum. 

Buku teks yang tebal bolehlah dipisahkan kepada beberapa modul supaya 
kanak-kanak tidak perlu lagi membawa buku yang berat bagi setiap subjek 
tertentu sepanjang tahun. 

Lokar atau rak perlu disediakan supaya buku yang tidak perlu digunakan di 
rumah boleh disimpan di sekolah. 

Penggunaan jadual waktu yang sempurna juga akan dapat membantu. Ibu 
bapa dan guru perlu melatih kanak-kanak menggunakan jadual waktu 
dengan berkesan. 

CAP mengharapkan lebih banyak perkara yang positif akan berlaku dalam 
bidang pendidikan. 

  S. M. MOHAMED IDRIS, Presiden CAP. 

                    (Source : Utusan Malaysia)

Monday, August 24, 2009

Cadangan motorsikal tidak boleh masuk Pusat Bandaraya KL

Saya tidak berapa setuju dengan idea ini..menambahkan kesesakan di LRT dan kereta di jalanraya.Walaupun tujuannya hendak mengurangkan jenayah samun tapi sekiranya dipraktikkan akan menyebabkan semakin teruk kesesakan nanti.Hal ini kerana rakyat Malaysia mahukan keselesaan maksima untuk ruang persendirian. Dapat dilihat sebahagian orang ramai yang bekerja di Kuala Lumpur menggunakan motosikal yang datang dari kawasan bandar satelit sekitar dengan radius melebihi 100km seperti dari Tanjung Malim, Seremban dan Kuala Selangor. Sekiranya pilihan kenderaan sebegini dilarang maka mereka akan tetap menggunakan kereta sebagai alternatif untuk keselesaan berbanding dengan LRT. Seharusnya digalakkan motorsikal dan basikal memasuki bandar akan tetapi menghadkan atau meletakkan syarat kepada motosikal jenis berkuasa empat lejang sahaja seperti Yamaha LC135, dan Modenas 110. Bagi motosikal dua lejang pula seperti Yamaha RXZ, TZM dan motosikal berkuasa 600cc keatas boleh dikenakan larangan memasuki Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.Kita perlu membenarkan penggunaan motosikal 4 lejang yang mempunyai kapasiti enjin 150cc kebawah. sehingga pengangkutan awam bertaraf dunia dapat ditunaikan, barulah cadangan melarang motosikal memasuki Pusat Bandar dilihat lebih praktikal.

Tingkatkan kemudahan pengangkutan awam

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Sistem pengangkutan awam perlu 
dipertingkatkan sebelum melaksanakan sebarang cadangan untuk melarang 
motosikal daripada memasuki bandar-bandar besar di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret 
Singh berkata, pihaknya sememangnya bersetuju dengan cadangan 
larangan itu yang disifatkan memberikan banyak kebaikan kepada orang 
ramai terutamanya bagi menangani kes ragut dan kesesakan lalu lintas.

"Bagaimanapun, untuk melaksanakan larangan tersebut, pengangkutan 
kenderaan awam juga perlu terlebih dahulu memastikan mutu perkhidmatan 
mereka dipertingkatkan lagi.

''Kita tidak boleh menolak bahawa motosikal adalah salah satu kenderaan 
yang digunakan oleh ramai orang,'' katanya selepas kempen pemakaian tali 
pinggang keledar penumpang belakang di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari 
ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis 
Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini yang menyatakan polis mungkin 
mencadangkan kepada kerajaan agar larangan penggunaan motosikal di 
dalam kawasan bandar-bandar besar di seluruh negara dilaksanakan.

Musa berkata, cadangan itu antara lainnya sebagai langkah mengurangkan 
kes ragut di negara ini.