Tuesday, October 14, 2014

Isi petrol guna konsep liter

Amalkan pengisian minyak dalam jumlah liter, bukannya ringgit. 

Contoh:
Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. kemudian bayar RM46. ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan 'nozzle' hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.

Maknanya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi RM40, stesen minyak dah untung 9.4737 liter. itu kalau 1000 orang, kalau 1 hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas untuk pengisian RM40 sahaja. bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.

Sebab itu stesen myk selalu buat program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai rm, bukan ikut nilai liter.

Isi dalam liter.
1liter harga rm2.30
isi lah rm23 jadi 10liter
isi rm46 jadi 20 liter 
isi rm69 jadi 30 liter

kalau isi 35 liter darab dengan rm2.3.
kalau isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah terdekat.
contoh 31.777 liter. rugi sikit, tp kalau tiap2 hari pemilik stesen minyak yang untung besar.

Thursday, September 18, 2014

Dimana peranan Perpustakaan Akademik dalam menyokong proses penyelidikan?

topics: 

Wednesday, September 17, 2014

10 sikap orang kreatif

Dipaparkan 10 sikap orang kreatif. sumber: tidak diketahui.


.

Thursday, August 21, 2014

Perpustakaan Dijadikan Tempat Berlindung Susulan Ketegangan Berlaku di Ferguson, Missouri, Amerika Syarikat

Pustakawan di Perpustakaan bandar Ferguson melancarkan satu inisiatif menjadikan Perpustakaan mereka sebagai tempat perlindungan.
 

Penduduk bandar Ferguson, Missouri menghadapi situasi yang tegang apabila rusuhan demi rusuhan telah berlaku sehingga memusnahkan beberapa fasiliti dan kemudahan setempat dikawasan perumahan mereka. Hal ini telah menyebabkan kanak-kanak dan ibu bapa terpaksa mencari tempat perlindungan yang lain.

Situasi ini berlaku apabila polis dikatakan menembak dan membunuh seorang remaja berkulit hitam yang tidak bersenjata, Michael Brown, pada 9 Ogos.

Perpustakaan bandar Ferguson telah menggunakan Twitter, Instagram dan Facebook dengan menawarkan beberapa kemudahan dan barang keperluan. Penduduk juga boleh mendapatkan air botol, memeriksa e-mel mereka, dan mengelakkan kekacauan yang sedang berlaku di jalan-jalan sekitar bandar Ferguson.


rujuk: http://abcnews.go.com/US/ferguson-library-refuge-adults-children-amid-strife/story?id=25050930

Tuesday, August 19, 2014

Buah Kundur bersaiz besar dirakam di Thailand

Satu post Facebook memaparkan imej buah kundur yang besar telah mengejut beberapa peminat tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Saiz yang 'gigantic' itu sememangnya jarang terjadi di mana-mana lokasi perladangan buah kundur.

 rujuk: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1459522427652622


Antara khasiat buah kundur adalah seperti berikut:-

url: http://carakaapril.blogspot.com/2014/01/mengenal-manfaat-dan-khasiat-buah_9195.html




Sunday, August 17, 2014

Jenis-jenis awan.

Jenis-jenis awan adalah seperti berikut kecuali yang BBQ.. :)


Saturday, August 16, 2014

Penjinak Singa yang Hebat

Kevin Robinson seorang pakar zoologi  telah berjaya membuktikan bahawa seekor singa boleh dijinakkan dengan cara dan situasi yang betul . Beliau mengkaji tingkah laku singa bertahun-tahun lamanya sebelum memberanikan diri untuk dekat dengan singa. Beliau juga berjaya menjinakkkan beberapa haiwan karnivor yang lain.