Thursday, April 29, 2010

Beg sekolah berat??

pihak sekolah perlu ada peruntukan untuk buat loker bagi setiap pelajar di seluruh negara di setiap sekolah di setiap tingkat sekolah secara PERCUMA..seperti mana di sekolah negara amerika syarikat..

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin mengucapkan terima 
kasih kepada Kementerian Pelajaran kerana bertindak untuk menjadikan beg 
sekolah kanak-kanak lebih ringan. 

Bermula tahun depan, kanak-kanak yang belajar di tahun satu hingga tahun 
tiga tidak perlu lagi menggunakan buku kerja memandangkan ia telah 
diharamkan oleh pihak kementerian. 

CAP berharap ini akan menjadi satu permulaan kepada langkah untuk 
menjadikan beban beg sekolah berat lebih ringan serta menjadikan 
pendidikan lebih menyeronokkan bagi kanak-kanak. 

Sebagai susulan, CAP menggesa Kementerian Pelajaran turut mengambil 
tindakan yang sama berhubung buku kerja bagi kanak-kanak dalam darjah 
yang lain. 

Penekanan perlu diberikan bagi menggunakan buku teks dengan lebih 
berkesan supaya buku tambahan tidak perlu digunakan lagi atau jika 
digunakan hanyalah secara minimum. 

Buku teks yang tebal bolehlah dipisahkan kepada beberapa modul supaya 
kanak-kanak tidak perlu lagi membawa buku yang berat bagi setiap subjek 
tertentu sepanjang tahun. 

Lokar atau rak perlu disediakan supaya buku yang tidak perlu digunakan di 
rumah boleh disimpan di sekolah. 

Penggunaan jadual waktu yang sempurna juga akan dapat membantu. Ibu 
bapa dan guru perlu melatih kanak-kanak menggunakan jadual waktu 
dengan berkesan. 

CAP mengharapkan lebih banyak perkara yang positif akan berlaku dalam 
bidang pendidikan. 

  S. M. MOHAMED IDRIS, Presiden CAP. 

                    (Source : Utusan Malaysia)

Monday, April 26, 2010

kitar semula

Nota 'kitar semula' pencetus kejayaan


PASIR PUTEH 28 Feb. - Biarpun menggunakan nota 'kitar semula', ia sama sekali tidak menghalang Nurul Imani Zakaria, 20, mencatatkan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas. Usaha berterusan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman Pasir Puteh itu telah membuahkan hasil apabila dia diumumkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Cemerlang STPM peringkat kebangsaan 2009. Anak kepada pasangan penoreh getah dan guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) itu berkata, dia terpaksa menggunakan nota lama kakaknya dan buku-buku yang dipinjam dari rakan-rakan untuk menjimatkan perbelanjaan kerana ibu bapanya kurang berkemampuan. "Saya berbuat begini kerana mahu berjimat dan tidak mampu mengikuti kelas tambahan di luar seperti kawan-kawan lain. "Berkat keyakinan diri, saya pasrah menggunakan pendekatan sendiri dalam mentelaah pelajaran termasuk memperbanyakkan ulang kaji dan latihan di rumah. "Setiap kali selepas mengulang kaji pelajaran saya sentiasa menunaikan solat hajat, membaca surah Yasin dan memohon restu untuk mencapai kecemerlangan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Panggung dekat sini semalam. Nurul Imani berkata, kejayaan mencatatkan 5 prinsipal A dalam peperiksaan itu diharap akan menjadi penyuntik semangat kepada pelajar luar bandar untuk menggapai kejayaan yang sama pada masa akan datang. Katanya, ia membuktikan bahawa pelajar luar bandar juga mampu mencatat kejayaan yang lebih cemerlang berbanding pelajar bandar yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. "Saya bukanlah seorang pelajar yang pintar sebelum ini kerana hanya memperoleh 2A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 4A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 3A sahaja dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Pencapaian yang lemah itu saya jadikan sebagai iktibar dan pengukur untuk terus berusaha dan membuktikan kegagalan awal bukannya titik penamat dalam pendidikan," katanya. Tambahnya, dia berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dalam jurusan Sejarah dan Geografi serta mendapat biasiswa kerajaan bagi membiayai pengajiannya memandangkan masih ramai lagi adik-adiknya yang ditanggung oleh ibu bapanya. Sementara itu, bapanya, Zakaria Seman, 54, berkata, kejayaan yang dicapai oleh Nurul akan menjadi pembakar semangat kepada tiga adiknya iaitu Nik Nur Asma' Al Husna, 12; Muhammad Abdul Aziz, 15, dan Muhammad Shahir Nur Arif, 17. Katanya, kesemua mereka akan menduduki peperiksaan utama pada tahun ini. (Source by : Utusan Malaysia)

Apabila jurang golongan kaya dan miskin semakin besar..

tentera merah vs kuning..inilah yang berlaku di Thailand.. pendapatan ekonomi yang tidak sekata malah tidak meluas dan tidak dimantapkan sekitar bandar dan kampung menyumbang apa yang berlaku di Thailand sekarang ni.jurang orang miskin yang terlalu ketara. perhimpunan, mogok, dan rusuhan terus dilaporkan meningkat.




Tempering Thai temperatures


Date: 23-03-2010


AT its best, a popular movement of civil disobedience is a justified way of righting a wrong. At its worst, it becomes a serious threat to political stability, social order and the rule of law. As mass protests stretched into a second week in Bangkok, we are seeing the worse side of civil disobedience. To be sure, while the protesters have been boisterous, raucous and vociferous, the demonstrations have been largely peaceful. But there's nothing cheerful and carefree in their demeanour and disposition, and there's no telling what will happen when the dwindling numbers of fatigued and frustrated red shirts continue with their rallies under the watch of soldiers and police, who have now been armed as a result of two grenade attacks. Worst of all, despite the talk of democracy and universal justice, civil disobedience has not been in the service of a higher cause but a piece of pure political theatre and a naked display of power politics to dissolve Parliament and force fresh elections. Extra-parliamentary agitation is not the answer to a crisis which has been as self-inflicted as the puncture wounds made to collect the blood to splatter the premier's residence. The Thai nation has been in the grip of a paralysing political impasse for the better part of four years as a result of the untenable notion that either camp can out-muster and out-mobilise each other in the streets. Though the stock market has been on a run of gains and rose to a 20-month high on Friday, it only means that short-term investors are making money while the sun is still shining. It cannot hide the clouds of uncertainty that hover over the long-term prospects of a country that is deeply divided. The continuing climate of instability can only damage investor confidence and deflect attention from vital domestic concerns. Thailand needs to find ways to overcome its divisions before real blood is spilled in the streets and democracy suffers another fatal setback. To be sure, ultimately the answer lies in the ballot box, but not now when people are wearing their hearts and their politics on their sleeves, not in this manner, through mass rallies to force the issue, and not when the country is too polarised for the loser to accept the verdict of the polls. What Thailand desperately needs now is for both camps to calm down, moderate their positions and agree to talk to each other to find a middle ground for a workable solution to their political differences. ( END ) Source : New Straits Times






Sukar mendapat tempat tinggal yang kondusif dan murah

Dunia moden semakin sempit..persaingan hebat pemilikan tanah semakin kritikal & menyukarkan Malaysia menyusun pembangunan fizikal secara lebih sistematik. Konsep perumahan kos rendah lebih banyak berbentuk bangunan tinggi seperti flat dan apartmen. Persekitaran ini tidak banyak berubah seperti negara Hong Kong. Sekurang-kurangnya bangunan 5 tingkat. Bagi saya persekitaran ini tidak sesuai untuk rakyat  berbangsa Melayu terutama apabila sudah berkeluarga. Kesukaran untuk bergerak antara faktor utama. Risiko keselamatan dan kebersihan juga menjadi ancaman.banyak perspektif negatif timbul seperti kesukaran kawalan keselamatan, peluang kes jenayah yang tinggi, risiko tekanan mental yang tinggi akibat kongkongan ruang, gangguan ketenteraman yang tinggi akibat bunyi bising, dan kecelaruan pengurusan sampah yang tidak tersusun dalam tempoh jangka masa panjang. Bagi pandangan saya, masyarakat Melayu memang suka tanam pokok, buah-buahan dan sayur-sayuran..saya pula suka ruang sebesar bidang tanah sawah. walaupun, rumah bersaiz kecil tapi masih diatas tanah, sekurang-kurangnya ia kekal memberikan kedamaian.

Friday, April 23, 2010

researchID.. fuhh!

Dunia teknologi smakin berkembang tanpa sempadan, fenomena jaringan sosial seperti Facebook semakin berinovasi dan berkembang bersama-sama dengan jaringan penyelidikan maya iaitu  researchID.com. perkongsian penerbitan artikel ilmiah di platform laman web researchID.com diantara penyelidik-penyelidik di seluruh dunia semakin dekat dimata!!..fuhhh..

maklumat lanjut layari: http://wokinfo.com/researcherid/

Thursday, March 25, 2010

Perpaduan Islam yang semakin rapuh



Date: 21-02-2002
Author: Mustapa Omar

.....
Sememangnya, perpaduan umat Islam kini semakin rapuh. Dulu mereka ada
khalifah yang disegani, tetapi sekarang mereka masih mencari-cari pemimpin
tunggal seperti umat Kristian yang mempunyai pope. Ketika pihak lain
seolah-olah sepakat menentang Islam, umatnya sendiri berpecah-belah, sibuk
berbalah kerana isu remeh, menghina pemimpin agama dan pelbagai lagi
tindakan yang membuatkan orang bukan Islam semakin tidak menghormati agama
kita. Itulah hakikat yang perlu kita hadapi. Sedarlah.
                                  (END) Source : Berita Harian

Monday, February 22, 2010

Skim Labur Sesat

BERIKUT ANTARA KAEDAH YANG DIGUNAKAN PENIPU MENGAUT DUIT HARAM DARIPADA SUMBER-SUMBER YANG DIPERCAYAI OLEH MANGSA TIPU SKIM KAYA ONLINE. SKIM INI SEMAKIN BERLELUASA DALAM FACEBOOK DAN RANGKAIAN ONLINE LAIN..


STEP 1

Mamat ni akan buat gimik yang konon-kononnya RM100 masuk dan handphone berbunyi inform RM100 dok mencurah-curah masuk dalam akaun bank. Biasanya dia akan letak kat status profile atau hantar mesej kat friend list dia dengan subject LOGIN INTERNET DAPAT RM100 atau tiada tajuk kat subjek.

Sesiapa yang teruja dan berminat dia akan suruh YM atau akan hantar satu mesej untuk terangkan cara-cara dia buat duit tu. (Patutle aku minta link untuk website dia taknak bagi). Ini Langkah Pertamanya. Cuma ada 3 Langkah je..patut le senang dapat duit...nak tau langkah seterusnya? Jom tengok langkah 2!


LOGIN INTERNET DAPAT RM100



LANGKAH PERTAMA : Baca


SEKALI LOGIN INTERNET DAPAT RM100

contoh login : facebook | myspace | friendster | yahoo | gmail | skype | dan bermacam2 lagi.




-ANDA BOSAN DENGAN.....
1.Hidup berhutang
2.Gaji tak cukup
3.asik tertipu dengan MLM
4.investment besar2 yg lambat pulangan/

-ANDA INGIN...
1.Hidup senang, mewah....kaya...
2.Bayar hutang hidup dalam masa yang singkat?
3.Duduk depan PC je tunggu duit masuk...(tapi pasti ada caranya)
4.Concept terkini , hanya bermodal RM100 dan yg bestnya...tak perlu mencari orang...tetapi hanya login internet...
CONFIRM tak sampai 1jam anda akan mendapat rm100 & lebih dalam sehari...hanya perlukan masa seminima 1jam...boleh kan?
5.Pendapatan yg confirm selagi wijud internet...anda akan mendapat duit RM100 (minimum) sehari...sebulan?setahun?,itu cuma
minimum...sekiranya maksimum?

LANGKAH KEDUA : BACA DAN KELUARKAN MODAL RM100 SAHAJA.


1.Langkah seterusnya anda perlu ada mana2 account bank,paypal atau apa2 bentuk "bank" yang mana duit pembayaran akan
masuk ke account tersebut (saya percaya semua orang ada kan?)
2.Sekiranya anda
- Yakin
- Ada internet
- Ada PC
- Ada account utk di bank in kan duit
- Ada masa 1jam seminggu minimum depan PC
- Ada modal rm100
- Berminat
......anda layak untuk membuat duit secara online ini!!

3.Ini bukan skim cepat kaya/mlm/perniagaan produk , ini adalah kuasa internet yang mana tidak ramai perhatin & tidak sedar akan
teknik ini.

4,Sekiranya setuju...sila masukan RM100 ke account saya :

Nama : xxxxxx
Maybank : xxxxxx
email : xxxxx
hp : xxxxxxx

- selepas membuat bayaran RM100,sila emailkan kepada saya bukti bank in dalam bentuk print screen/scan or etc bagi
membuktikan anda telah membuat bayaran ini.

- perlaburan RM100 in terjamin oleh saya...sekiranya anda menghadapi masalah , saya akan pastikan anda mendapat wang RM100 sekurangnya2
melalui internet!!

LANGKAH KETIGA : TERIMA CARA & MENANTI DUIT KE ACC ANDA

1.Anda akan menerima cara menjana duit RM100 minimum ke acc anda melalui internet & duit akan masuk ke account terus
selepas anda membuat bayaran ke acc saya..
2.Anda cuma perlu mengikut sahaja cara2 yang bakal saya berikan selagi anda rajin duit terus akan masuk ke acc anda tanpa henti.
3.selesai,mudah & pantas.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LANGKAH KE EMPAT : SELEPAS PEMBAYARAN.



LANGKAH KE EMPAT : KEJAYAAN MENANTI ANDA.

TAHNIAH ANDA BARU SAHAJA MEMBUAT LANGKAH YANG BIJAK.

-bagaimana kita ingin menjana duit bermodalkan rm100 selepas ini?

-mudah sahaja..gunakan rangkaian seperti facebook/myspace/friendster & sebagainya sebagai hub pemasaran "duit "kutu" online berantai.
buat 1 pamplet or iklan bertajuk LOGIN INTERNET dapat rm100 & letakkan dimana2 sahaja dalam internet

-pasti ada yg membaca & tertarik & bertanya ,apa anda perlu buat....cuma copy paste langkah 1-3 & berikan kepada yg berminat
& bertanya & sekiranya pihak tersebut bersetuju & membuat pembayaran,setelah bayaran diterima ke dalam acc kita baru berikan
nota langkah ke - empat ini kepada pihak tersebut,senang kan?

- so disini kita buat adalah atas kerelaan hati,terpulang kepada kita untuk mencari orang seberapa banyak atau menanti orang mencari kita,
yang pentig jangan berbohong untuk mencari rezeki.Pogram ini bukanlan MLM,skim cepat kaya mahupun menjual prodak...ianya lebih
kepada mereka yang berminat untuk berkongsi idea ini dan tukarkannya dalam bentuk duit.

- kita juga mestilah jujur sekiranya nak berjaya...hanya berikan langkah ke-4 ini kepada mereka yg BAYAR RM100 sahaja...sekiranya
kita menipu atau membelitkan keadaan,pasti tidak berjaya.

sekiranya ada apa2 masalah,contac saya ok.sama2 kita tolong menolong & majukan anak bangsa.


KALAU ANDA PERHATIKAN MODUS OPERANDI MEREKA INI MEMANG LICIK..MEYAKINKAN ORANG UNTUK TERLIBAT SKIM AJARAN SESAT DALAM PELABURAN.JANGAN MUDAH TERPEDAYA SKIM INI..AWAS!! MEREKA INI DALAM PEMERHATIAN SURUHANJAYA SEKURITI UNTUK TINDAKAN KUATKUASA.