Monday, September 21, 2015

Academic writing

rupanya pelbagai jenis academic writing boleh kita terokai.
Antaranya ialah essay and assignment writing, postgraduate research writing, dan writing in science and engineering.

banyak aspek dalaman yang perlu dikuasai rupanya.

Wednesday, September 9, 2015

Lembaran Sayap Pustakawan Muda Pendukung Pengukuhan Kerjaya Pustakawan

Menjadi kejutan sebutan "Pustakawan Muda" yang bermula pada tahun 2011 semasa mesyuarat agung Persatuan Pustakawan Malaysia di kawasan Utara Malaysia kini menjadi perhatian. Ya, sememangnya satu keperluan saya menyuarakannya pada ketika itu untuk mengukuhkan peranan Pustakawan Muda dalam Persatuan.  Jurang pengetahuan dan pengalaman ketika itu menjadi isu utama apabila amalan pengurusan pengetahuan yang kurang mantap antara 2 legasi.  kerjaya Pustakawan seakan sepi dalam nada arus perdana. Terus menerus kerjaya perguruan dan kaunselor professional mendapat perhatian kerajaan, manakala kerjaya pustakawan pula seakan malap. Alhamdulillah, ramai rakan sekerja seakan nampak apa yang dicanang ketika itu; perlu diberi perhatian. Hasil daripada kepimpinan yang betul, peranan Pustakawan Muda semakin jelas dan diperlukan dalam mengukuhkan peranan kepimpinan sedia ada walaupun ianya sudah tahun 2015.