Monday, October 11, 2010

hantar cadangan kat news@tv3.com.my

Salam,

Cadangan penambahbaikan sikap pemanduan bas ekspress

Berkenaan perkara diatas ingin saya cadangkan kepada pihak berkenaan terutama persatuan majikan bas ekspess. Disini saya lihat peranan mereka kelihatan tidak menonjol dalam penambaikan sikap pemandu bas ekspress. Saya lihat ramai yang banyak menyalahkan pemandu bas, JPJ, Polis, dan agensi kerajaan yang lain. Malangnya peranan persatuan majikan bas ekpress kurang di beri perhatian.

Pertama, persatuan ini seharusnya mengadakan kursus khas kesegaran minda, hati dan emosi untuk pemandu-pemandu bas ekspress yang terlalu lama memandu. Mereka ini kebanyakannya lesu untuk berkhidmat sebab terlalu khusyuk kejar trip mereka. Bagi pemandu muda pula kebanyakkannya mungkin dalam keadaan ghairah dalam memandu. Mereka kelihatan nampak gagah memandu berjam-jam lamanya. Kursus ini haruslah mempunyai modul yang menekankan spiritual,emosi, dan akal. Aspek spiritual yang meneroka masalah hati yang banyak membelenggu pemandu-pemandu ini perlulah terbukti berjaya menyedarkan mereka dalam melakukan sesuatu terdetik difikiran mereka seperti ‘alarm’ jangan melakukannya iaitu memandu secara cuai.malah kursus itu juga perlulah santai dan tidak terlalu rasmi. Sepertimana sekiranya siswa digalakkan menyertai PLKN, apa salahnya pemandu-pemandu bas ini juga menyertainya?

Kedua, Persatuan ini juga seharusnya lebih agresif ambil tahu masalah pemandu bas ekspress. Segala pandangan mereka jangan diketepikan. Saya melihat ramai terlalu fokus pandangan menteri-menteri, pengarah-pengarah agensi kerajaan serta majikan mereka yang hanya mementingkan keuntungan. Pandangan pemandu ekspress ini penting bagi menerokai masalah-masalah mereka yang menyumbang perilaku pemanduan secara berbahaya seperti memotong laju dan sebagainya. Mereka mungkin tidak ada kemampuan dalam menghalang dorongan pemanduan secara berbahaya sebab terpaksa menurut arahan majikan yang terlalu mendesak seperti menepati jadual perjalanan yang terlalu padat. Sekiranya tidak tepati merit gaji mungkin dipotong.

Kesimpulannya, Persatuan majikan bas ekspress perlu juga berganding bahu memperbaiki mutu kendiri pemandu bas ekspress. Kerjasama tiga segi persatuan yang lebih jitu antara agensi kerajaan berkaitan dengan juga pemandu-pemandu mereka perlu di beri perhatian. Majikan juga tidak digalakkan memberi tekanan kepada pemandu-pemandu bas dalam memenuhi keperluan trip perjalanan.

0 comments:

Post a Comment