Thursday, April 29, 2010

Beg sekolah berat??

pihak sekolah perlu ada peruntukan untuk buat loker bagi setiap pelajar di seluruh negara di setiap sekolah di setiap tingkat sekolah secara PERCUMA..seperti mana di sekolah negara amerika syarikat..

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin mengucapkan terima 
kasih kepada Kementerian Pelajaran kerana bertindak untuk menjadikan beg 
sekolah kanak-kanak lebih ringan. 

Bermula tahun depan, kanak-kanak yang belajar di tahun satu hingga tahun 
tiga tidak perlu lagi menggunakan buku kerja memandangkan ia telah 
diharamkan oleh pihak kementerian. 

CAP berharap ini akan menjadi satu permulaan kepada langkah untuk 
menjadikan beban beg sekolah berat lebih ringan serta menjadikan 
pendidikan lebih menyeronokkan bagi kanak-kanak. 

Sebagai susulan, CAP menggesa Kementerian Pelajaran turut mengambil 
tindakan yang sama berhubung buku kerja bagi kanak-kanak dalam darjah 
yang lain. 

Penekanan perlu diberikan bagi menggunakan buku teks dengan lebih 
berkesan supaya buku tambahan tidak perlu digunakan lagi atau jika 
digunakan hanyalah secara minimum. 

Buku teks yang tebal bolehlah dipisahkan kepada beberapa modul supaya 
kanak-kanak tidak perlu lagi membawa buku yang berat bagi setiap subjek 
tertentu sepanjang tahun. 

Lokar atau rak perlu disediakan supaya buku yang tidak perlu digunakan di 
rumah boleh disimpan di sekolah. 

Penggunaan jadual waktu yang sempurna juga akan dapat membantu. Ibu 
bapa dan guru perlu melatih kanak-kanak menggunakan jadual waktu 
dengan berkesan. 

CAP mengharapkan lebih banyak perkara yang positif akan berlaku dalam 
bidang pendidikan. 

  S. M. MOHAMED IDRIS, Presiden CAP. 

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment