Thursday, August 21, 2014

Perpustakaan Dijadikan Tempat Berlindung Susulan Ketegangan Berlaku di Ferguson, Missouri, Amerika Syarikat

Pustakawan di Perpustakaan bandar Ferguson melancarkan satu inisiatif menjadikan Perpustakaan mereka sebagai tempat perlindungan.
 

Penduduk bandar Ferguson, Missouri menghadapi situasi yang tegang apabila rusuhan demi rusuhan telah berlaku sehingga memusnahkan beberapa fasiliti dan kemudahan setempat dikawasan perumahan mereka. Hal ini telah menyebabkan kanak-kanak dan ibu bapa terpaksa mencari tempat perlindungan yang lain.

Situasi ini berlaku apabila polis dikatakan menembak dan membunuh seorang remaja berkulit hitam yang tidak bersenjata, Michael Brown, pada 9 Ogos.

Perpustakaan bandar Ferguson telah menggunakan Twitter, Instagram dan Facebook dengan menawarkan beberapa kemudahan dan barang keperluan. Penduduk juga boleh mendapatkan air botol, memeriksa e-mel mereka, dan mengelakkan kekacauan yang sedang berlaku di jalan-jalan sekitar bandar Ferguson.


rujuk: http://abcnews.go.com/US/ferguson-library-refuge-adults-children-amid-strife/story?id=25050930

No comments:

Post a Comment