Friday, August 8, 2014

Saya ialah pelajar lepasan diploma, ijazah muda, sarjana, & PhD. Kenapa bahan yang saya ingin baca tidak ada di Perpustakaan Awam

Saya ialah pelajar lepasan diploma, ijazah muda, sarjana, & phd. Kenapa bahan yang saya ingin baca tidak ada di Perpustakaan Awam berhampiran kawasan perumahan saya?

Mungkin maklumat ini dapat membantu anda. Saya melihat perkara ini dari segi 2 aspek.
Pertama, peruntukan untuk membeli bahan2 tersebut terhad.

kedua, dasar dan polisi pembelian bahan oleh perpustakaan tersebut menyasarkan golongan pembaca bangku sekolah di kawasan terbabit sahaja. Sekiranya mahu perpustakaan itu lebih besar sasaran golongan pembacanya dengan koleksi yang lebih bombastik, sememangnya Lembaga Perbadanan Perpustakaan Negeri terbabit sudah lama meluluskan peruntukan yang besar untuk Perpustakaan Daerah terbabit seperti mana di sesebuah kawasan Ibu Negeri.

Hal ini tidak mungkin terjadi kerana banyak peruntukan yang lebih penting perlu disalurkan. misalnya projek tar semula jalanraya negeri.

Sebagai tambahan, Pada pandangan saya, Sekiranya ada pengguna yang datang dari latar belakang bermula dari sijil diploma sehingga ke peringkat phd dan bukan merupakan ahli mana2 perpustakaan akademik, mereka sememangnya boleh mempertimbangkan ke saluran seperti berikut:

Pertama, mendapatkan senarai bahan bacaan umum yang di kehendaki di Ibu Pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri iaitu di Ibu Negeri masing-masing melalui sistem WEBOPAC pada web atau dengan menghubungi mereka terus ditalian telefon sedia ada.

Kedua, menjadi ahli publik pada mana-mana perpustakaan universiti yang terdekat dengan kawasan anda. 

Ketiga, menjadi ahli alumni perpustakaan kolej/univ./institut iaitu di tempat anda belajar dahulu.

Keempat, menjadi ahli PNM dan menggunakan perkhidmatan "U-Pustaka" untuk mendapatkan bahan bacaan umum yang diperlukan.

Kelima, Orang awam berpendidikan tinggi semestinya sudah berkerjaya sendiri atau bekerja dengan majikan yang mempunyai organisasi besar. Sekiranya mereka yang berkerja sendiri mungkin terpaksa terhad kepada 3 saluran yang saya katakan tadi, akan tetapi bagi mereka yang sudah bekerja di organisasi besar boleh menggunakan saluran keempat ini. Misalnya, seorang akauntan professional yang bekerja di Bank Negara boleh mendapatkan bahan bacaan yang diperlukan di Pusat Ilmu & Arkib Bank Negara itu sendiri. Hal ini boleh dikatakan sebagai saluran "Your Organisation Knowledge Center"

 sekian. :D

No comments:

Post a Comment